Sudah berubah!

rumah comel
Salah satu fav design

Rindu pada sahabat blogger... Ketika itu aktiviti kunjung mengunjung antara sesama blogger sangat meriah sekali. Paling syok bila terserempak dengan blog yang comel to the moon. Silau mata bila memandang blog yang super duper kawaii. Safiena tengok pun banyak blog yang tidak diupdate. Sunyi sepi menunggu tetamu datang bertandang.

Mengimbau kembali kenangan tahun 2011. Masa tu terlampau aktif mengadap skrin laptop, update blog, blogwalking dan bermain dengan codes. Masih ingat kat pinkizluv.com tak? Blogger lama yang seangkatan pastinya masih ingat. Sayang seribu sayang blog tu dah takda lagi. Sungguh menyayat hati bila takdapat nak renew domain lantaran kesibukan membuat persiapan menunggu kelahiran orang baru. Kerja design pun turut terhenti begitu sahaja. Semangat tidak terhenti disitu ya kerana.........

Tadaaaaa kini Safiena kembali lagi dengan imej kartun baru tapi tetap kepada konsep comel. Nampak gayanya Safiena dan dunia blogging memang agak sukar nak dipisahkan.  Chewaaahhhh.. Terima kasih buat yang sudi menjengah blog ini serta memberi sokongan padu semangat kecintaan seni melukis. In shaa Allah selagi termampu Safiena akan terus memenuhi ruangan alam maya dengan berkongsi hasil seni lukis digital untuk tatapan semua. Selamat berkarya!


Nur Safiena

Married. Sarawakian. On and off blogger since 2008. Freelance graphic/web designer. Loves cute stuffs, pink and web designing. Plain and simple. Passionate about creating clean and cute graphics. 

No comments:

Post a Comment

* Terima kasih daun keladi. Lain kali komen lagi hihi...
* Sila tinggalkan link blog dalam ruangan komen (untuk memudahkan Safiena mengunjungi blog kalian.
* Kalau dah FOLLOW BLOG sila bagitahu ya.
* Happy blogging si comel semua!

Instagram