Cheesekut oh cheesekut

Sekali cuba nak lagi! Memang sedap walaupun resipinya agak simple. Penyediaan bahan pun tidaklah banyak songeh sangat. Tidak perlu kukus mahupun bake dalam oven. Yang penting ada peti ais hihi..


Bahan-bahan seperti yang ada pada gambar dibawah. Tapi ada juga yang tertinggal sebab gambar tu agak kurang complete.


Bahan-bahan:
  1. 500gm creamcheese (saya pakai jenama Philadelphia. Kalau 500gm equal to 2buku creamcheese)
  2. 1 tin susu pekat
  3. 2 bungkus biskut Saltcheese jenama Khong Guan (nak pakai apa-apa biskut pun boleh. Tiada masalah)
  4. 1 kotak fresh milk

Cara-cara :
  1. Cairkan creamcheese terlebih dahulu
  2. Kemudian campurkan dengan fresh milk dalam anggaran 2 sudu besar dan setengah tin susu pekat. Boleh kurangkan sukatan susu pekat kalau taknak manis sangat.
  3. Blend dengan blender biasa kalau tak ada mixer
  4. Bila dah kembang adunan tersebut akan nampak memutih Qu Puteh hehe.. Letakkan kat tepi mangkuk adunan tersebut dan fokus kepada aktiviti menyusun biskut
  5. Susunkan biskut mengikut susunan didalam loyang. Pastikan celup dulu biskut dengan lebihan susu fresh ya supaya biskut tu melekat. Jangan rendam lama. Cuma celup dalam 2 saat ya. 
  6. Selepas selesai susunan pertama tuangkan sedikit demi sedikit adunan creamcheese, freshmilk dan susu pekat. Ulang cara diatas sehingga habis adunan ya
  7. Kalau dah siap masukkan loyang ke dalam peti ais. Biarkan semalaman. Kalau tak sabar sekurangnya lepas 2-3jam ya hehehe...
  8. Untuk perhiasan bolehlah tabur sprinkles colourful rice, cokelat KitKat ke atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Barulah berseri.

Selamat mencuba...

Nur Safiena

Married. Sarawakian. On and off blogger since 2008. Freelance graphic/web designer. Loves cute stuffs, pink and web designing. Plain and simple. Passionate about creating clean and cute graphics. 

1 comment:

* Terima kasih daun keladi. Lain kali komen lagi hihi...
* Sila tinggalkan link blog dalam ruangan komen (untuk memudahkan Safiena mengunjungi blog kalian.
* Kalau dah FOLLOW BLOG sila bagitahu ya.
* Happy blogging si comel semua!

Instagram