Dulu lain sekarang lain....

Safiena lahir tahun 70-an. Memang tak kenal apa itu gadjet. Main panjat pokok jambu. Terjun air sungai tepi sawah. Memancing ikan. Dapat ikan haruan sudah cukup bahagia rasanya. Tunjuk kat kawan-kawan dan rasa tersangat hebat. Main masak-masak. Ibu terpaksa sembunyikan mancis sebab Safiena dulu main masak-masak betul. Alangkah indahnya zaman kanak-kanak. 

Sekarang di era tahun 2000 segalanya berubah. Anak-anak zaman sekarang sudah tidak kenal lagi permainan tradisional. Apa itu "Galah panjang?" Dia orang cuma tau ngadap skrin henpon. Orang disekeliling sudah tidak dihiraukan. Tiada lagi istilah aktiviti kunjung-mengunjungi mengajak kawan bermain. Kalau berkumpul pun masing-masing menghadap henpon. Hanya mampu menggeleng kepala.

Zaman dah berubah. Disini Safiena kongsikan gambar permainan tradisional yang paling Safiena suka zaman kanak-kanak dulu. Ada banyak sebenarnya. Semua gambar berikut bukan hakmilik blog Safiena. Hanya sekadar hiasan sahaja.

In shaa Allah entri seterusnya Safiena akan berkongsi pula makanan ringan 'legend' dizaman Safiena dulu.

Soalan : Blogger lahir era tahun berapa pula?

Permainan tarik upih
Permainan Tarik Upih 
tikam selipar
Permainan Tikam Selipar. Sumber : Flikr
Permainan tradisional
Permainan Galah Panjang. Sumber gambar : sini
Zero Point
Salah satu permainan yang paling Safiena suka main tiap-tiap petang bersama rakan-rakan. Sumber gambar : sini






Nur Safiena

Married. Sarawakian. On and off blogger since 2008. Freelance graphic/web designer. Loves cute stuffs, pink and web designing. Plain and simple. Passionate about creating clean and cute graphics. 

4 comments:

  1. sekarang semua ini dah tak ada, sudah hilang ditenggelam waktu

    ReplyDelete
  2. budak kampung pun sekarang dah tak main dah semua tu...
    tq follow blog akk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... dah takda lagi istilah permainan tradisional. Simpan dalam muzium je. Thank you follow blog s-)

      Delete
  3. permainan ni da jadi sejarah je kot.. tpi baru2 ni balik kg, just main getak tu jak budak2 masih amalkan

    ReplyDelete

* Terima kasih daun keladi. Lain kali komen lagi hihi...
* Sila tinggalkan link blog dalam ruangan komen (untuk memudahkan Safiena mengunjungi blog kalian.
* Kalau dah FOLLOW BLOG sila bagitahu ya.
* Happy blogging si comel semua!

Instagram