Awak stress?

April 15, 2019, by Safiena


Eh.. Kenapa awak ni? Janganlah stress. Hurmm.. Tipu kalau cakap kita tak pernah stress. Even budak kecik pun ada rasa stress bila permintaan tak dituruti. Binatang pun stress juga tau.


Macam-macam cara yang kita buat untuk menangani dan meredakan stress. Tapi jangan buat perkara yang tak baik pula. Ada yang suka dengar musik. Musik pun salah satu daripada terapi minda. Mampu memberi ketenangan dan meredakan fikiran yang berkecamuk. Lagi-lagi kalau sambil belai kucing. Siapa suka belai kucing?

 

Selain dari dengar lagu ada pula yang relieve their stress dengan makan. Terutama makan cokelat! Haaa... Safiena suka makan coklat. Sambil tu nak promote Coklat Gery ni. Sedap. Kaya dengan inti coklat. Ada macam-macam perisa coklat. Cuba lah.

Amalkan 10 tips mudah tangani stress serta merta.

  1. Bertenang
  2. Bernafas secara dalam
  3. Berkata "Relakslah"
  4. Beribadat
  5. Berkongsi perasaan/masalah dengan seseorang yang boleh dipercayai
  6. Berurut 
  7. Berehat dan mendengar musik
  8. Beriadah
  9. Bersenam
  10. Berfikiran positif

Stress Mengikut Pandangan Islam

Stress adalah lumrah dalam kehidupan yang merupakan kecelaruan hati yang berpunca dari hati yang lemah. Dan ini akan menjadikan kita jauh daripada Allah dan mudah dipengaruhi dan dihasut oleh syaitan. Syaitan akan terus meniup api stress kepada kita agar kita lalai dari memperingati Allah setiap masa.


Dah okay sekarang? Apa-apa pun jangan dilayan sangat perasaan tu ya. Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya. Pucuk pangkal di hati. Teruskan berfikiran positif. Jika negatif yang difikirkan maka negatif lah yang akan datang. Jika positif makanya kita akan beroleh sesuatu yang positif. In shaa Allah. Ingat. Kata-kata itu doa. Hentikan daripada menyebut kata-kata kesat.

Salam ceria selalu dari Safiena!

0 Comments

My Instagram

FOLLOW US @ INSTAGRAM