Kisah Satu Malam Part 2

4 comments




Jeng jeng... mesti saspen kan?

Sila baca Full Part 1 kalau nak tahu kisah sebelum ni.

Safiena ikut dari arah mana bunyi suara tangisan yag mendayu-dayu tu. Semakin kuat bunyi tu bila menghampiri tingkap dapur. Bila intai dari celap tingkap... zaaaappp!! Okay apa dah jadi dengan Safiena? Adakah dia pengsan setelah melihat entiti tersebut?
Maakk.. terkejut pula Safiena tengok cicak yang terputus ekornya cuba nak menyelinap menyembunyikan diri di celah cermin jendela. Hilang fokus pada suara tangisan mendayu tersebut. Nak terus intai ke tak ni? Korang rasa??

Baiklah, nak jenguk suami dan anak-anak dulu. Suami yang dah berdengkur bunyi serombong kapal terus Safiena kejutkan. Mata terkebil-kebil tak tahu hal. 

"Jommmm ikut Fiena!" sambil tarik tangan suami pelan-pelan. Kena slow sebab nanti anak bangun. 

Suami yang masih dalam keadaan blur menurut sahaja. Okay kami dah berada di tepi tingkap. Kebetulan suara menangis tu kembali mendayu-dayu memecah kesunyian malam. Sayup-sayup kedengaran. Tanpa buang masa kami sama-sama menjenguk ke luar tingkap. 

Ada kelibat!! Kami terduduk. Bukan pengsan. 

Agak-agak tu.........? Alaaaa... sambung lagi. Jangan marah ya. Nampaknya kisah ni semakin menarik. Kalau nak tahu kisah selanjutnya rajin-rajin lah berkunjung ke blog Safiena. 

Nanti Safiena sambung Part 3(FINAL). Stay tune.





4 comments