Throwback Hari Raya di Oya, Dalat Part 1

3 comments

Assalamualaikum. Hai bloggers semua. Agak lama menyepikan diri lantaran masih dalam mood Raya. Apa khabar semua?

Mengimbau kembali kisah menjelang Hari Raya. Kami sekeluarga balik ke kampung suami tahun ini. Excited sangat sebab first time bawa anak-anak fly dengan dengan menggunakan MAS Wings. Kampung suami jauh. Kalau menggunakan jalan darat, is about 10 hours driving. Jadi tahun ini decided nak menggunakan kapal terbang.

Setibanya di airport anak- anak masih mamai sebab kami berangkat dari rumah awal pagi kira-kira jam 5 pagi. Jelas tergambar wajah keriangan sebab dorang tahu yang kami akan travel jauh.


Alhamdulillah anak-anak tak meragam. Kakak dia seronok tengok awan. Kami sampai di Mukah tepat jam 8 pagi. Hujan rintis-rintis. Syukur Allah permudahkan perjalanan kami sekeluarga. Agak berdebar juga sebab first time menggunakan kapal tebang yang kecil dan hanya muat untuk belasan orang sahaja. Cukup indah pengalaman tu. Biasanya travel dengan menggunakan Air Asia. Hanya MAS Wings sahaja yang menyediakan perkhidmatan direct fly dari Kuching ke Mukah. Kampung suami di Kuala Hilir Oya, terletak di Dalat Sarawak. Perjalanan dari Mukah ke Oya mengambil masa  kira-kira 20 minit.






Selamat landed di airport Mukah. Comel kan kapal terbang tu. Abang ipar yang menyambut kedatangan kami sekeluarga.


Beginilah suasana dan gambar pintu gerbang kampung suami. Jejalan di waktu petang sementara menunggu nak berbuka puasa. Kami sampai di kampung dua hari sebelum Raya. Jadi sempatlah berpuasa dan berbuka bersama in laws.



Okay sekian dulu update untuk kali ini. In shaa Allah nanti kita jumpa di next update ya. 

3 comments

  1. pernah jugak naik mas wing, masa fly from Lahad datu ke KK

    ReplyDelete
  2. waaa ada rupanya flight belasan orang je boleh naik. Mungkin sebab kawasan kan. mesti dapat duduk tepi tingkap kan tengok pemandangan

    ReplyDelete
  3. Hi singgah baca entry and follow #177

    ReplyDelete