Idea kreatif : Fungsi batu-batu ditepian pokok hijau dan berbunga

Idea kreatif : Fungsi batu-batu ditepian pokok hijau dan berbunga



Assalamualaikum dan haii sahabat bloggers comel semua. Fuhhh... dah agak lama Safiena menyepikan diri dan tak update blog. Al-maklumlah sibuk dengan blog Safiena yang satu lagi. Siapa disini yang minat bertanam? Tak kira lah bertanam untuk berkebun sayur, tanam bunga ke atau apa-apa lah yang sewaktu dengannya hihi.. Safiena ni bukanlah 'green finger' sangat. Kalau setakat tanam daun bawang tu boleh lah. Bukan 'membawang' ya! Hehehe...

Okay, Safiena nak repost lagi konsep idea mini taman halaman rumah dari sumber Mingguan Wanita . Dia hiaskan dengan batu-batu yang cantik tepi pasu dan disepanjang tanaman bunga dia. Sejuk je mata memandang. Memang damai dan tenang je. How I wish ada taman macam ni dihalaman rumah. Jom kita cuci mata tengok hasil kerja kreatif diaorang ni.











Sumber Ilham Inspirasi : Mingguan Wanita

Dilema seekor ayam

Dilema seekor ayam



Beginilah nasib bila ayam yang diberi nama Noi 'mengganas'. Ganas ke? Begini kisahnya. Asalnya Noi ini memang dikandang di reban ayam dan tidak pernah lepas. Sampailah suatu ketika Noi askep dari reban. Pintu reban dah uzur! Dengan one flying kick Noi berjaya merobohkan pintu reban. Sadis kan? Bermula dari saat itulah Noi dibiarkan berkeliaran bebas berjalan ke sana ke mari dengan gumbiranya hihi..


Okay nak dijadikan cerita, sejak Noi lepas, Safiena dah tak sebebas Noi lagi kalau nak keluar ke belakang dapur. Eh, kenapa pula? Kalau Noi nampak Safiena dan ahli keluarga yang lain siaplah kena flying kick Noi. Safiena pernah terkena. Dengan selamba lagi Noi attack dari belakang. Sejak dari kejadian tu Safiena mesti bawa baldi kecil yang berisi air untuk dijadikan 'perisai' dari terkena serang hendap Noi. Kalau kucing-kucing ok je Noi tengok. Kucing dengan selambanya bila berdepan dengan Noi. 


Apalah agaknya yang sedang Titem fikirkan sekarang ni ya? Hmm.. kalau masak Noi ni mesti sedap buat ayam goreng kepci hihi.. Hep.. walaupun Noi brutal tapi tak sampai hati nak sembelih Noi sebab dia ayam tua. 


Okay sekian kisah Noi si ayam tua. Noi dah macam sebahagian dari keluarga kami. Nasib baik kucing-kucing Safiena jenis yang selamba dan tak kacau Noi. Bunyi kokokan Noi setiap pagi itulah alarm clock kami sekeluarga. Seakan susana di kampung. Rindu kampung halaman!


Blogwalking Time #August 2018

Blogwalking Time #August 2018


Alhamdulillah bersua kembali bersama entri terkini Sesi Blogwalking Time #August 2018 yang dianjurkan oleh Puan Nadia Farhana kita. Sambil blogwalking tu kita bolehlah kita berkenalan dengan kawan-kawan bloggers yang lain. Safiena ni agak jarang nak update blog disebabkan kekangan masa. Nak uruskan kerja-kerja rumah, suami dan anak-anak. Bila ada masa terluang barulah dapat menghadap laptop dan update blog post. InsyaAllah.

Okay, back to the main topic. Sesiapa yang nak turut sama memeriahkan lagi sesi kunjung-mengunjung bolehlah klik link banner dibawah untuk info selanjutnya. Entry requirement pun simple. Yang penting ada blog sendiri hihi.. Blog sis kita dah follow ya. Happy blogwalking!


Logo Ideas blog header

Logo Ideas blog header


Assalamualaikum dan hai semua. Entri kali ini Safiena nak share sedikit info mengenai rekabentuk grafik logo header blog. Safiena bagi sedikit tips sebagai panduan design blog header.

Pertama : Elakkan penggunaan font yang agak terkeluar dari garis tema. Contohnya kalau tema blog itu 'cute' kita guna font yang ganas-ganas. Mesti tak cun kan? 😀

Kedua : Kurangkan penggunaan grafik yang terlalu banyak. Ini akan 'merimaskan' blog title tersebut dan akan menyebabkan ia 'tenggelam' disebabkan grafik yang 'sekampung' tu.

Akhir sekali hadkan penggunaan warna. Kalau boleh jangan melebihi 3 jenis warna. Seeloknya 2 jenis warna. Pastikan blog background tu nampak clean, barulah header blog tu nampak lebih menyerlah.

Okay, Safiena nak share beberapa ideas untuk blog header yang simple dan catchy. Goodluck guys!


Giveaway Yeayyy, this is my birthday month!

Giveaway Yeayyy, this is my birthday month!


Assalamualaikum dan haiii bloggers comel. Entri kali ini nak invite bloggers join Giveaway Yeayyy, this is my birthday month! by CikLa Punya Belog. Dateline Giveaway ini adalah pada 31 Ogos 2017. Cepaaatt! Jom sama-sama memeriahkan lagi suasana Giveaway ini.  

Wahh tak sangka pula blogger CikLa kita lahir pada bulan Ogos iaitu pada 28 Ogos. Ramai juga 'baby August' ni termasuk dua orang anak Safiena yang kebetulan lahir pada bulan Ogos.

Ucapan buat CikLa : "Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik serta dipermudahkann segala urusan" 


Sila klik link banner penyertaan diatas untuk join.




Salam Aidiladha

Salam Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha buat bloggers comel semua. Ada yang balik ke kampung halaman dan ada yang kena bekerja. Safiena ni memang hari-hari cuti tapi hakikatnya memang takdapat 'cuti'. Sakit pun kena kena kerja juga. Begitulah life seorang fulltime housewife. Hari-hari ada kerja hihi..


Bagaimana dengan sambutan perayaan Aidiladha di tempat sahabat blogger? Kalau balik kampung pasti meriah kan. 

Happy birthday puteri mami

Happy birthday puteri mami


Alhamdulillah syukur bulan Ogos merupakan harijadi anak-anak mami, Ainna(17/8) dan adiknya Azdreena Ainni(21/8). Kakak Ainna selang beberapa hari awal dari tarikh adiknya. Memandangkan cuma selang beberapa hari je jadi Safiena buat combine birthday. Kongsi kek ya anak-anak mami.


Saat penuh debaran menunggu giliran nak masuk ke Operation Room. Safiena terpaksa Emergency Caesar memandangkan baby breech. Tepat jam 11.18malam lahirlah puteri mami dengan seberat 3.2kg. Alhamdulillah puteri mami sihat cukup sifat dan pada hari ke tujuh nama diberi Azdreena Ainni.




"Selamat Harijadi buat anak-anak mami yang abah dan mami kasihi. Semoga mendapat keberkatan dan kebaikan didunia dan akhirat. Amin..."



Flat Lay Mock Up

Flat Lay Mock Up





Kini Flat Lay Photography sudah menjadi trending di laman sosial Instagram. Some blogger, termasuk Safiena sendiri turut tidak ketinggalan menggunakan Flat Lay ini sebagai featured post image. Menarik kan? Siap susun laptop, cermin mata, henpon, pen, buku nota dan apa-apa sahaja yang 'eyes catching'.


Panduan pemilihan warna untuk blog/web design

Panduan pemilihan warna untuk blog/web design

Assalamualaikum dan hai semua. Update kali ini Safiena nak share tips penggunaan warna pastel untuk dijadikan panduan membuat blog. Siapa suka warna pastel? Safiena gemar menggunakan kombinasi warna pastel. Sejuk mata memandang warna-warna yang lembut ini. Nampak feminin.





Berikut merupakan pastel palette yang based from nature.




Sumber gambar : BoredPanda

Ada banyak lagi pastel color palette yang boleh dijadikan panduan. Penggunaan warna terlalu banyak tidak digalakkan sebab akan membuatkan kita 'rimas' dan agak sesak. Namun, terpulang dengan penerimaan seseorang individu tersebut. Kalau Safiena, saya akan pilih warna tidak lebih dari 3 jenis. Kalau boleh nak warna yang lembut-lembut.

Okay you all bolehlah klik link Color-Hex untuk melihat lebih banyak lagi palette yang boleh dijadikan panduan. Dan ini pula untuk medapatkan kod html warna tersebut : Color Codes

Rujukan untuk web design color palette :

Top 30 Color Schemes For Your Designs



Selamat tinggal Husna

Selamat tinggal Husna




Okay Jangan Benci Cintaku kini sudah ke penghunjungnya. Seperti biasa happy ending happily ever after. Episod akhir ini jalan cerita memang tidak lari dari 'cliche' nya 😏 Mesti suasana gembira penuh kebahagiaan. Yelah kan.. Siapa yang nak sedih-sedih kan? Penat layan geram dari awal episod ni. Sampaikan ada hashtag #teamhusna #teamfika #teamshah dan #teamnekpah 😆 Agaknya korang team apa ye? Hmm.. #teamirwan ada ke?



Safiena memang dah agak dah Husna ni ada mental sikit. Macam-macam cara dia nak pikat Shah balik. Di support Nek Pah sepenuhnya lagi tu. Siap kutuk Fika habis-habisan. Kesian Fika.




Paling tak disangka Husna dengan Faris. Ingatkan dia dengan Damia si makcik Bawang tu 😆 Waahh bukan main lagi Faris ni marah-marah dan anti Husna. Tup dia pula yang lekat. Siap dengan rambut mengerbang dia lagi. Tapi suka dengan watak Faris sebab dialah yang mampu meredakan suasana dikala geram dengan karenah Husna dan Nek Pah. Fika? Honestly, kekadang tu memang geram dengan karakter dia yang terover cool dan softhearted. Jangan softhearted yang hampir makan diri sendiri beb.


Wehhh si mat saleh Irwan apa cerita eh? Langsung lenyap watak dia. Semoga dia bertemu jodoh supaya tak ganggu Fika lagi. Oppssss... dah ter'emo lah pulak.

Okay. Dah. Jangan Benci Cintaku pun dah habis. Overall Safiena bagi ✭✭✭✭ sebab berjaya buat Safiena dan jutaan penonton Malaysia yang stress layan drama bersiri ini!

Inilah wajah penulis asal novel Jangan Benci Cintaku, Dr.Emy Roberto yang berasal dari Sarawak.
Sumber foto : Jangan Benci Cintaku


Copyright © 2018 Blog Sis Safiena 🎔 Cutie Daily Designs
Atas